Khamis, 22 November 2012

ADAKAH CINTA ITU INDAH ??


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga

untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya
setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara
dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi
kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa
yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam
laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan
pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa
manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan
cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal
terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg
pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh
di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat
ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta
rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah
jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang
suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang
murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu
tanpa pertimbangan.

Isnin, 19 November 2012

HADIAH ISTIMEWA...

Maksud hadiah pemberian Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan / kekasih / isteri / suami anda mempunyai maksud tersendiri. Antaranya : 

JAM TANGAN -----> Tanda meningati setiap masa dan waktu. 

CINCIN -----> Tanda ikatan kasih yang abadi. 

GELANG -----> Tanda mesra 

RANTAI LEHER -----> Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG -----> Tanda penghargaan dan penghormatan.KASUT -----> Sentiasa mengambil berat/prihatin. 
PAKAIAN/KAIN -----> Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu. 

PAYUNG -----> Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi. 

MINYAK WANGI -----> Tanda cinta 

BINGKAI GAMBAR -----> Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan. 

BUKU -----> Bersifat terbuka dan bertolak ansur. 

BUNGA -----> Tanda perkenalan dan tanda sayang 

COKELAT -----> semanis cintamu. 

LAGU/CD/KAD UCAPAN -----> mengabadikan cinta 

SEJADAH DAN ALQURAN -----> tandanya insan tersebut menyayanginya dunia dan akhirat. 


PssssTT..heheeheehehe... Satu lagi.... zaman mellinieum....
HANDPHONE...tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!......akan kucari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup..... 


HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!MASUK MEMINANG...... tandanya dia serius dan betul2 seriuss

BILA AGAK NYA DPT HADIAH TU... :)

Selasa, 6 November 2012

BERTUDUNG ITU CANTIK.. :)

1.Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah diri dan keluarga.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia cantik.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia kecuali pada yang berhak.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai. Pandai jaga diri.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah.

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain.

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabila dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik dan ada niat yang tak baik.

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain.

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala.

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat. InsyaAllah.

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain.

14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia.

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi.

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki.

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami.

19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting. Dia orang Islam.

20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran. Nak berpegang pada apa lagi?

21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung.

22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa. Rugi lah kalau begitu. Pakailah tudung wahai muslimah Islam. Serius ni.

23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2. Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik.

24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab... Banyak lagi sebab.



p/s: Cantik itu subjektif…
Semua org dilahirkan cantik…
Apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. Kan?